TAIPING: Petinju dari 12 negara bakal berentap pada Kejohanan Muay Antarabangsa Malaysia (MIMAC) 2024 di Dataran Warisan Taiping di sini pada 30 Mei hingga 2 Jun ini.
Acara berprestij anjuran Persatuan Tomoi Negeri Perak itu menyaksikan penyertaan peserta antara lain dari Thailand, Vietnam, Kemboja, Iran, Laos dan Afghanistan.
Presidennya Mohd Ezry Azamin Abdul Wahab berkata penganjuran kali pertama ini diadakan bagi merancakkan Tahun Melawat Perak (TMP) 2024 sekali gus menjadi sebuah acara hebat mengisi kalendar aktiviti pelancongan tahun ini.
"Kesemua peserta ini berusia antara 16 hingga 21 tahun bagi peringkat profesional akan merebut 12 tali pinggang yang dipertandingkan pada kejohanan itu pada sebelah malam.
"Pada sebelah siang, perlawanan hanya melibatkan peserta tempatan dalam tiga kategori iaitu Super Kid (9-11 tahun), Remaja (12-16 tahun) dan Terbuka 16 hingga 21 tahun," katanya dalam sidang media di sini pada Sabtu.
Beliau berkata demikian selepas Kejohanan Pra-MIMAC 2024 di Taiping Mall yang turut dihadiri Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh, yang juga Ahli Parlimen Taiping.
Mohd Ezry Azamin berkata selain dari mempromosi TMP 2024, acara kali ini juga bertujuan untuk menaik taraf kejohanan sukan muay tempatan ke peringkat antarabangsa.
"Kita menyasarkan lebih 5,000 peminat seni mempertahan diri dari dalam dan luar negara bakal memenuhi Dataran Warisan Taiping.
"Kejohanan ini dijangka akan dirasmikan oleh Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh dan kita harap sukan yang semakin mendapat tempat dalam kalangan masyarakat dapat diangkat menjadi sukan teras," katanya.
Katanya Taiping dipilih sebagai lokasi kejohanan sempena sambutan 150 tahun bandar Taiping sebagai bandar warisan malah lokasinya yang strategik mampu menjadikan ia sebagai pusat kejohanan Muay peringkat antarabangsa.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Mar 09 2024
Petinju dari 12 negara bakal berentap pada Kejohanan Muay Antarabangsa Malaysia (MIMAC) 2024 di Dataran Warisan Taiping di sini pada 30 Mei hingga 2 Jun ini. - Foto BERNAMA
AWANI Borneo [15/05/2024] - Hab penerbangan serantau | Jana RM1.67 bilion | Lebuh Raya Pan Borneo
Laporan berita padat dan ringkas dari Borneo bersama Nickyson Nyambar;
Sarawak rancang bina lapangan terbang antarabangsa baharu
Jepun kekal pengimport utama hasil kayu Sarawak
LPB Sarikei & Bintulu Dijangka Siap Suku Ketiga 2024
Sarawak rancang bina lapangan terbang antarabangsa baharu
Jepun kekal pengimport utama hasil kayu Sarawak
LPB Sarikei & Bintulu Dijangka Siap Suku Ketiga 2024
[TERKINI] Tiada perbincangan UiTM dibuka kepada bukan Bumiputera
Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Zambry Abd Kadir sekali lagi menegaskan bahawa isu kemasukan pelajar bukan bumiputera di UiTM tidak dibincangkan dalam mana-mana mesuarat di peringkat kementerian mahupun kabinet.
Sektor pembuatan rekod RM2.4 bilion suku pertama 2024
Sektor pembuatan Sarawak merekodkan pelaburan bernilai RM2.4 bilion bagi pelaksanaan 30 projek pada suku pertama tahun ini dan dijangka mewujudkan lebih 2,000 peluang pekerjaan.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
AS berminat bekerjasama dengan Sarawak
Duta Besar AS ke Malaysia, Edgard D Kagan berkata, beliau melihat perkara itu dapat direalisasikan berikutan Sarawak mempunyai potensi besar dalam sektor berkenaan.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
Sarawak rancang bina lapangan terbang antarabangsa baharu
Sarawak merancang untuk membangunkan lapangan terbang antarabangsa baharu di Kuching bagi menampung kapasiti lebih besar penerbangan komersial dan kargo ke pintu masuk wilayah itu.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
Sarawak umum hasil kajian penyelarasan gaji penjawat awam dalam waktu terdekat
Sarawak akan mengumumkan hasil kajian bagi penyelarasan gaji penjawat awam dalam waktu terdekat selaras kenaikan gaji di peringkat persekutuan.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
Sarawak peroleh pendapatan RM10 bilion pada 2023
Penyertaan dalam sektor minyak dan gas terbukti tindakan tepat bagi sarawak, apabila sektor itu menyumbang RM10 bilion kepada wilayah itu tahun lalu.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
Industri CCUS 'lubuk kewangan' baharu Sarawak
Bagi meningkatkan lagi pendapatan, Sarawak telah memulakan penglibatan dalam industri CCUS atau pemerangkapan, penggunaan dan penyimpanan karbon.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
LPB Sarikei & Bintulu Dijangka Siap Suku Ketiga 2024
Dua skop tersebut merangkumi pembinaan jejambat sepanjang lebih kurang 1 kilometer (km) di Bukit Song dan penjajaran semula jalan sepanjang 4 km bagi mengelak sesalur air Lembaga Air Kawasan Utara (LAKU) sedia ada.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
InvestSarawak, Marubeni meterai MoU Untuk teroka projek bahan api penerbangan mampan
MoU ini akan menggariskan kerjasama antara kedua-dua pihak untuk menjalankan kajian pra-kebolehlaksanaan bersama bagi rantaian nilai SAF berskala komersial di Sarawak.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
12 negara sertai kejohanan MIMAC 2024
Petinju dari 12 negara bakal berentap pada Kejohanan Muay Antarabangsa Malaysia (MIMAC) 2024 di Dataran Warisan Taiping pada 30 Mei hingga 2 Jun ini.